Sihat bersama Puerh Tea

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, April 27, 2017

Latarbelakang Kami


HALAL YUNNAN PUERH TEA by Hayneem Legacy adalah Stockist dan Pengedar Sah bagi produk keluaran TeaZheng yang merupakan satu-satunya pengimport tunggal teh puerh muslim di Malaysia.

Gabungan anak jati Melayu Terengganu dengan jejaka Cina berketurunan Hui (muslim) dari Yunnan, maka lahirlah perniagaan teh puerh TeaZheng yang masih mengekalkan keaslian serta kebaikan teh puerh yang diakui kehebatannya sejak sekian lama.

TeaZheng merupakan satu-satunya pengimport teh puerh di bawah kendalian campuran Melayu-Cina Muslim di Malaysia. Teh Puerh TeaZheng diimport khas dari daerah Yunnan, China yang merupakan wilayah asal teh puerh dihasilkan. Yunnan juga merupakan wilayah asal pengasas TeaZheng iaitu Mr. Zheng di lahirkan serta dibesarkan.

Halal Yunnan Puerh Tea. Agent TeaZheng Putrajaya
 
Etika perniagaan kami ialah kejujuran dan saling mempercayai. Kami memastikan pelanggan-pelanggan mendapat kepuasan setiap kali berurusan dengan kami. Pengurusan TeaZheng seringkali mengadakan lawatan ke Yunnan untuk memastikan tea yang terbaik dapat dibekalkan kepada pencinta-pencinta teh di Malaysia. Bagi menjamin kesegaran, khasiat dan kualiti teh yang kami bekalkan, TeaZheng hanya membeli teh puerh secara terus dari pengeluar-pengeluar yang mempunyai prestasi rekod yang terbaik serta terbukti dalam penghasilan teh puerh yang berkualiti tinggi serta menggunakan kaedah traditional organik.

TeaZheng menjamin kepuasan pelanggan melalui:
  • Asal usul teh. Kesemua teh keluaran TeaZheng adalah ditanam dan dihasilkan di daerah asal teh puerh iaitu Yunnan, China.
  • Penghasilan teh yang masih mengekalkan kaedah pembuatan tradisional Cina.
  • Kami melawat dan berurusan dengan pengeluar-pengeluar secara terus untuk memastikan teh puerh yang kami bekalkan mempunyai kualiti yang paling tinggi serta harga yang terbaik.
  • Kami berkerja dengan pakar-pakar teh yang diiktiraf serta terpilih untuk menentukan hanya teh terbaik yang dihasilkan di Yunnan, China
---------------------------------------------------------------------------

ORDER ONLINE
KEDAI ONLINE HALAL YUNNAN PUERH TEA

ATAU HUBUNGI KAMI WHATSAPP : 012-3252171