Sihat bersama Puerh Tea

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, November 25, 2020

Boleh ke minum Puerh Tea semasa period ?

 Assalamualaikum.

Agak ramai bertanya... bolehkah Puerh Tea diminum semasa period/haid? 

Ramai yang menyatakan pengalaman minum teh semasa period sangat tidak selesa. Perut rasa kembung dan angin tersekat.

Sejujurnya, mengikut pengalaman saya, sepanjang saya minum Puerh Tea dan juga minuman lain, setakat ini saya boleh bandingkan banyak bezanya.

Dulu saya bukan penggemar kopi atau teh. Ini kerana setiap kali minum kopi atau terutamanya nescafe, perut ada rasa sebu, kembung, angin tersekat dan paling tiadak suka bila kepala mula pening. Tapi disebabkan rasa yang sedap, saya minum saja jika ada peluang. Degil kan? hehe...

Saya mula kenal Puerh Tea dari kenalan lama. Asalnya tawaran bersahaja mencuba Puerh Tea yang baru dibawa pulang dari kampung mertua di Yunnan, China. Ya, dia baru kahwin dengan warganegara China Muslim. Ayat dia di FB lebih kurang begini..."Siapa nak try teh cina ni ? Kalau ok, boleh aku jual.". 

Masa tu tanpa teragak, saya offer diri untuk beli 1 paket untuk cuba-cuba minum. Mula-mula minum, suami ketawakan saya. Katanya air teh cina ni pelik. Pelik tak pelik, saya rasa rasanya ok saja. Taklah manis sedap lemak bercream. Tapi saya yakin daun tehnya asli dan rasanya pun tidaklah tak boleh terima langsung. Ok ok saja. Saya teruskan saja minum salam seminggu 2-3 cawan. Bila tekak dah terima elok, setiap hari saya minum sebab perasan sejak minum teh cina ni, rasa laju saja buat kerja, tenaga tak tau datang dari mana. Siang kerap berpeluh walaupun setakat duduk rumah masak-masak je. And what a surprise! Timbangan berat pun menyusut sangat. Bermula situ, saya yakin dengan khasiat Puerh Tea dan terus ambil peluang tawaran borong dari kawan, borong 5 paket untuk cuba jual sekitar komuniti Putrajaya.

Satu benda saya suka pasal Puerh Tea ni ialah kesan dia pada period pain saya. Masa anak pertama dan kedua, saya  mengamalkan suntikan perancang keluarga depo. Badan memang kembang setamanlah orang kata. Period pun langsung tak ada atau kalau ada pun sikit setitik dua gitu je. Kenapa ambil suntikan depo ? Sebab saya perlu menjarakkan kehamilam kerana 2 kali bersalin secara pembedahan ( emergency c-sec). Jadinya memang rancang hamil tu perlu lebih lama bagi menjaga luka luar dan dalam.

Masa saya masih ambil  suntikan depo, sayajuga minum puerh tea. Minggu pertama amal puerh tea stiap malam, rasa sakit dan senak bawah perut. Seperti ada angin menyucuk di bahagian rahim dan ari-ari. Rasa senak walaupun tertekan sikit. Selepas seminggu, rasa menyucuk sakit hilang sepenuhnya. Period pun kembali regular macam sebelum hamil. Alhamdulillah. Dan memang rasa banyak kali angin keluar melalui vagina sepanjang rasa duk sakit menyucuk tu (orang kata kentut faraj kan? betul ke tak ?-- segan nak sebut sebenarnya. huhu).

Sehingga kini, saya masih setia amalkan puerh tea, lagi-lagi sekitar masa nak period tu. Satu lagi kelainan saya rasa... sakit-sakit PMS Simptom pun dah tak rasa. Maaf, bukan saya nak menipu atau overclaim. Tapi dulu sebelum period mood saya kelaut, marah moody tentu ada, perut cramp kembung. Bila amal puerh tea, kadang tu... turun darah period pun tak sedar. Takde sakit, takde angin. Tau-tau akak kawasan dah datang menjenguk. Darah pun turun heavy hari ke 2 saja, 3 hari berikutnya sikit-sikit saja stain. Boleh kata happy dan tenang saja setiap kali period sebab tahu kita period on time, lancar dan takde sakit-sakit cramp. Dan yang paling penting, mood pun terbaik. Takde lagi moody entah apa-apa. Best sangat. hahaha....

Saya jarang berkongsi kisah period ni di FB sebab segan. Lalu saya berkongsi di blog supaya lebih ramai boleh jumpa dan dapat rasa manfaat Puerh Tea ni.

Untuk apa-apa pertanyaan berkenaan Puerh Tea, boleh wasap 012 325 2171 . In Sya Allah saya reply semampu saya.

Terima kasih kerana sudi baca coretan saya yang tak seberapa ni. Wassalam 😊


Menikmati Puerh Tea di anjung rumah. Hangat sedap badan....