Sihat bersama Puerh Tea

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, September 19, 2017

SERTAKAN SENAMAN UNTUK USAHA TURUN BERAT BADAN

Antara kelebihan mengamalkan teh Puerh semasa proses penurunan berat badan adalah ia membantu mempercepatkan usaha penurunan berat badan kepada 50%. Ini kerana dengan teh Puerh, ia membantu menyelesaikan masalah lemak badan melalui tindakbalas kimia. 
Oleh itu kita jangan hanya bergantung 100% hanya dengan meminum teh Puerh sahaja, amalan pemakanan sihat dan juga senaman yang konsisten amat diperlukan.


Amalan yang membantu menurunkan berat badan
  •  Amalkan gaya pemakanan sihat : Anda harus mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk memastikan badan tetap bertanaga untuk bekerja menurunkan berat badan. Ianya paradox tapi masih rasional. Bekalan tenaga yang konsisten adalah perlu. Hanya memerlukan 3 hidangan makanan lengkap dalam 1 hari dan diambil dengan disiplin. Amalkan sunnah makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. 
  •  Jangan segera bersenam selepas makan : Bersenam sebaik selepas makan akan memberi kesan negatif kepada penghadaman. Penghadaman yang terganggu memberi kesan kepada tubuh badan. Apabila penghadaman terganggu juga membuatkan Teh Pueh tidak dapat diserap dengan baik oleh badan dan fungsi baik teh puerh tidak akan dapat dimanfaatkan. Adalah lebih baik bersenam 1 jam selepas makan, atau 1-2 jam sebelum makan.
  • Lakukan senaman yang betul (sesuai): Senaman yang tidak bersesuaian atau keterlaluan untuk badan akan membuatkan badan kehilangan tenaga, lesu dan membuatkan badan mengeluarkan lebih banyak asid. Ini adalah penyebab badan akan mengalami letih yang melampau. Bagi seimbangkan pH badan, boleh amalkan minuman beralkali seperti teh Puerh setiap kali selepas bersenam.

"Exercise can strength your body. Meanwhile by taking green drinks (Puerh Tea), you could get more health benefits, and won't be bothered with disease".

Whatsapp : 012 325 2171

#HayneemLegacy
#TeaZhengPutrajaya
#PuerhGreenTea

BAGAIMANA TEH PUERH BERFUNGSI


BAGAIMANA TEH PUERH BERFUNGSI

Teh Puerh sebenarnya lebih kepada membantu badan dalam memberikan kesihatan yang lebih baik. Sebaiknya kita jangan hanya mengharap pada keajaiban daun teh semata-mata untuk mengekalkan kesihatan. Untuk mencapai matlamat kesihatan, amalan pemakanan dan senaman juga harus diambil kira.

Semasa proses penapaian daun teh Puerh, molekul karbohidrat yang besar  akan terurai dan menjadi molekul kecil gula dan gula larut. Gula larut inilah yang menyumbang pada rasa dan kelikatan cecair dari daun teh yang turut juga memberikan rasa "manis" selepas diminum.

Polyphenol adalah ciri paling penting dalam setiap daun teh. Daun yang mengandungi polyphenol akan melalui proses penapaian yang mana akan memberikan warna unik kuning kemerahan dari rendaman daun teh Puerh.

CATECHIN
Cetachin juga sejenis Polyphenol. Catechin adalah bahan yang akan menentukan rasa setiap teh puerh yang terhasil. Cetachin dari daun teh terbahagi kepada 3 jenis (Catechin, Epicatechin, Epigallocatechin) dan juga 2 jenis estrified gallic acid (Epicatechin gallate, Epigallocatechin gallate).

MIKROORGANISMA
Teh Puerh juga mengandungi mikroorganisma. Mikroorganisma dai teh puerh bertindak dengan 2 cara.
  1. Mikrorganisma dari daun teh puerh akan menentukan rasa pada teh intu sendiri. Ia akan memberikan rasa manis, licin, lembut dan memberikan aroma berusia yang istimewa.
  2. Interaksi antara mikroorganisma dengan badan akan menghasilkan bahan-bahan serta enzim yang bermanfaar kepada kesihatan badan yang mana menjadikannya amat unik.
Apa ada dalam Puerh Green Tea


FUNGSI MIKROORGANISMA
Mikroorgansma dalam daun teh Puerh yang terhasil semasa proses penapaian (Wodui) adalah  aspergillus nigerm penicillium, rhizopus, aspergillus glaucus, saccharomyces dan sedikit bakteria. Semasa proses penapaian, aspergillus niger dan saccharomyces adalah paling banyak terhasil.


Cara-cara Aspergillus Niger berkerja menguraikan LEMAK.
 Aspergillus niger adalah selamat dimakan dan diiktiraf di seluruh dunia. Organisma ini berperanan menentukan kualiti daun teh Puerh. Semasa proses penapaian, aspergillus niger membantu dan menghasilkan glucamylase, cellulose dan pectinase. Ketiga-tiga ini akan menguraikan banyak sebatian organis termasuk polysaccaride, lemak, protein, serat, pectin dan karbohidrat kepada monosaccaride, asid amino, pektin terhidrat dan karbohidrat larut. Ini menjadikan manaaft bahan daru daun teh Puerh mudah disebarkan dan diserap ke seluruh badan.

Kelebihan Saccharomyces dalam Teh Puerh
Mikroorganisma dalam teh puerh bukan sahaja meningkatkan nilai nutrisi teh Puerh, ia juga mempengaruhi kualiti cecair teh yang terhasil.
Semasa penapaian, keadaan basah dan panas memberikan persekitaran yang terbaik untuk meningkatkan aktiviti enzim. Apabila mikroorganisma-mikroorganisma lain sedang giat menggunakan polysaccharide sebagai sumber karbon untuk metabolisma dan menghasilkan banyal polysaccharide dan monosaccharide, ia secara langsung membekalkan nutrisi kepada saccharomycetes untuk metabolize dengan pantas. Metabolisma yang pantas memberi kesan rasa manis dan lembut serta meningkatkan kualiti air teh Puerh yang terhasil.

Whatsapp : 012 325 2171

#HayneemLegacy
#TeaZhengPutrajaya
#PuerhGreenTea