Sihat bersama Puerh Tea

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, March 2, 2021

FAQ Puerh Tea: Berapa banyak nak letak ?

Frequently asked question.

Banyak mana nak bancuh?
Berapa sudu nak kena letak?

Berapa banyaknak letak ?

Buat pengetahuan semua yang baru berjinak-jinak dengan puerh tea, ketahuilah, there is no specific amount when brewing puerh tea. Takde kuantiti spesifik! Bergantung atas individu dan citarasa tekak masing-masing. Citarasa individu A tak semestinya sama dengan individu B. Bancuhlah apa yang tekak masing-masing inginkan dan boleh terima.
Untuk first timer, memang kami ada cadangkan half spoon dahulu, tapi tak semestinya anda kena ikut bulat-bulat. Itu hanyalah cadangan. Kalau rasa half spoon itu terlalu jernih, nak tambah jadi 2 sudu pun boleh. Ataupun kalau anda rasa half spoon itu sudah terlalu pekat, boleh kurangkan kuantiti daun teh jadi lebih light. Takde salah atau betul. Citarasa kita berbeza.
Ala.. Macam bancuh milo sejak berzaman. Ada orang letak 2 sudu, ada org letak 3 sudu sebab suka pekat kan? So begitulah jugak puerh tea. Jangan complicated kan keadaan. Benda mudah sahaja.
Penggunaan spoon adalah sekadar "pembayang" untuk memudahkan imiginasi bancuhan puerh tea anda. Nak guna jari cubit-cubit pun boleh. Asalkan tangan kering.
Jangan risau, setiap pembelian pasti akan dikepilkan sekali dengan aturan cara minum dan bancuh.

No comments:

Post a Comment