Sihat bersama Puerh Tea

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, February 26, 2024

Apa itu Teh Puerh ? (Puerh Tea)

Teh Puerh, ialah teh asli yang kurang dikenali. Dalam kategori yang sama dengan teh terkenal seperti hijau, putih dan oolong. Ia ditanam secara eksklusif di wilayah Yunnan China dan sangat diminati penduduk tempatan kerana mengandungi pelbagai manfaat kesihatan. Nama "Pu-Erh" adalah berasal dari Daerah Pu-Erh di mana ia ditanam.

Rasa Teh Puerh

Teh Puerh boleh didapati dalam jenis hijau dan merah, yang mana kedua-duanya menawarkan rasa yang mengasyikkan. Daunnya memberikan rasa sedikit manis, dan apabila dibancuh, ia mengeluarkan aroma daun musim luruh. Teh ini boleh kelihatan lebih gelap daripada black tea dan mempunyai rasa dan aroma yang lebih sempurna. Teh Puerh mengandungi kafein dan biasanya dinikmati pada waktu pagi atau awal petang untuk meningkatkan tahap tenaga.

Teh Puerh: Difermentasi Secara Semulajadi

Teh Pu-erh amat dihormati dalam budaya teh tradisional Asia selama berabad-abad kerana rasa yang pekat dan kaya dengan polifenol, katekin, dan flavonoid. Merupakan jenis teh yang paling tinggi antioksida seiring dengan usia teh, sama seperti kebaikan wain, ia akan menghasilkan rasa yang semakin lembut dari semasa ke semasa. Terdapat beberapa jenis teh puerh yang jarang boleh didapati dan untuk rekod, teh puerh yang paling mahal mampu mencecah sehingga usia melebihi 50 tahun!

Teh yang luar biasa ini menjalani proses penapaian dua peringkat menggunakan daun teh hijau Yunnan dalam persekitaran yang lembap. Penapaian unik ini menyokong pertumbuhan bakteria berfaedah dan bakteria kulat, yang mana merupakan penyumbang kepada manfaat kesihatan produk teh puerh. Setelah ditapai dalam satu jangka masa yang lama, daun teh dimampatkan menjadi batu bata atau dijual sebagai teh daun lerai.





No comments:

Post a Comment