Sihat bersama Puerh Tea

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, August 12, 2020

Puerh Tea dicampur Halia

Tumbuhan Halia memang dikenali dengan sifatnya yang mammpu membuang lebihan angin dari badan. Gabungan Puerh Tea dan Halia sememangnya cukup bagus untuk membantu menangani masalah sakit-sakit badan disebabkan berlebihan angin.

Kelebihan halia selain untuk buang angin:
  • Mengurangkan keradangan - bagus dalam mengurangkan sakit dan bengkak bagi pengidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.
  • Melegakan loya - Sebatian aktif dalam halia bertindak sebagai ubat yang berkesan untuk melegakan loya yang berkait dengan mabuk. Dengan mengambil 1 gram halia setiap hari ia dapat membantu mengurangkan loya bagi wanita mengandung yang sering mengalami alahan "morning sickness".
  • Mengurangkan kesakitan senggugut - Mengambil halia pada sebelum tempoh haid boleh mengurangkan gejala senggugut atau dysmenorrhea dalam kalangan wanita.
  • Membantu merendahkan kolesterol - Halia membantu dalam merendahkan parasa "Low Density Lipoproteins" atau kolesterol buruk yang dikenali sebagai peningkat risiko bagi kadar sakit jantung.
  • Meningkatkan imuniti - Dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dalam saluran arteri.
  • Membantu penghadaman - Halia menggalakkan pundi hempedu merembeskan cecair yang dikenali sebagai "bile" yang merangsang proses penghadaman. Halia juga mampu melegakan kejang perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan oleh gastritis. 
  • Mengurangkan berat badan - Halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan. Halia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme badan.
  • Mencegah pertumbuhan sel kanser - Kompaun di dalam halia yang dikenali sebagi 6-gingerol menjadi agen pencegah sel kanser terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.



Jika anda inginkan kelainan dalam sajian halia selain dari masakan, boleh tambah halia dalam puerh tea (terutama puerh red tea yang lebih sedap jika ditambah halia).

Caranya hanya perlu letakkan sehiris atau dua hiris halia ke dalam bancuhan puerh tea panas. Badan akan rasa lebih segar dan ringat. Perut lebih selesa apabila berjaya buang lebihan angin melalui sendawa atau kentut. Cara ini diakui pantas berkesan seawal 30 minit selepas minum Puerh Tea bersama Halia. 

Puerh tea juga mempunyai pelbagai khasiat. Antara khasiat puerh tea adalah: 
  • Bagus untuk kesihatan perut - elak kembung perut, pedih ulu hati, elak angin tersekat, senak perut, elak sembelit dan cirit-birit. Perut akan terasa lebih selesa.
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan - payah kena demam, selsema, batuk dan serangan virus. 
  • Puerh tea membantu memecahkan sel-sel lemak dalam badan, meningkatkan metabolisme dan sekaligus membanu dalam menurunkan berat badan serta mencapai berat badan ideal.
  • Teh puerh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
  • membantu menurunkan tekanan darah dan stress - memberi ketenangan (juga bagus untuk anxiety).
  • Puerh tea membantu meningkatkan aliran darah dan membantu meningkatkan peredaran darah.
  • Tinggi antioksida - bertindak membantu melambatkan proses penuaan. Teh puerh juga memberi perlindungan sinaran ultraungu yang merosakkan kulit.
  • Puerh tea membantu menghalang pembentukan dan pertumbuhan sel-sel kanser.
  • Puerh tea membantu melancarkan proses penghadaman makanan sekaligus mengatasi masalah sembelit.
  • Mengurangkan risiko stroke.
  • Bertindak sebagai "detox tea". Membantu menyingkirkan toksi dari badan.
  • Membantu melegakan sakit-sakit badan seperti sakit kepala dan lenguh-lenguh badan akibat keletihan (membantu memberi kesegaran dan tenaga kepada badan).
  • Teh puerh membantu dalam meningkatkan fungsi otak seperti kecerdasan mental dan pemikiran yang tajam.

Whatsapp : 012 325 2171

#HayneemLegacy
#TeaZhengPutrajaya
#PuerhGreenTea


Tuesday, August 11, 2020

MINUMAN PUERH TEA MENINGKATKAN KESIHATAN GUSI DAN GIGI

Kita semua pernah mendengar ungkapan "An Apple a day keeps the doctors away". Tetapi ada perkara lain juga yang mampu menjauhkan doktor juga, terutama doktor gigi. Anda mungkin tak sangka ada sejenis minuman mampu membantu anda meningkatkan kesihatan gigi dan gusi, iaitu Puerh Tea.

Kajian penyelidikan baru-baru ini menunjukkan bahawa minum teh puerh sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan gigi. Betul! Teh Puerh tidak hanya membantu mengurangkan berat badan dan menurunkan stress, tetapi juga dapat membuatkan anda mampu tersenyum lebar!


SAINS DISEBALIK PUERH TEA

Menurut kajian oleh Tea Trade Health Research Association dengan meminum teh puerh mampu memberikan 2 manfaat untuk kesihatan mulut dan gigi.

Satu: mengurangkan bakteria punca kerosakan gigi dan mulut berbau

Dua: ia mengelakkan pengumpulan plak yang menyebabkan penyakit gusi.


SEMUA TEH TIDAK SAMA

Walaupun banyak teh dari daun yang sama dianggap dapat memberi kesan positif kepada kesihatan mulut,  Teh puerh telah didapati paling berkesan untuk melawan penyakit berkaitan kerosakan gigi.

Teh puerh satu-satunya jenis teh yang dapat meningkatkan kesihatan gigi dengan menyingkirkan setiap strain bakteria Streptococcus yang hidup di rongga mulut. Sekali gus dengan kadar kehadiran bakteria Strep yang rendah, boleh membantu mengelakkan penyakit lain yang berpunca dari Strep seperti sakit tekak. 


KESAN PUERH TEA KE ATAS GIGI

Teh pu-erh juga membantu melindungi gusi dan menyembuhkan tisu gusi yang lembut. 

Puerh Tea yang bertindak mengurangkan kehadiran bakteria juga turut menyebabkan penurunan pengeluaran asid hasil dari tindakbalas bakteria di dalam mulut. Persekitaran berasid di dalam mulut hasil dari tindakan bakteria akan menyebabkan gigi lebih berisiko mengalami kerosakan gigi dan gusi akibat kaviti.

Amalan meminum Puerh Tea adalah antara cara terbaik menjaga kesihatan gigi dan gusi.

😁 Kurang Bakteria = kurang asid = kurang kaviti 😁


TESTIMONI PUERH TEA KESIHATAN GIGI


Berminat mendapatkan Puerh Tea ?

#HayneemLegacy
#TeaZhengPutrajaya
#PuerhGreenTea


Testimoni surut bengkak gusi sakit gigi dengan Puerh Tea

Lega sakit gigi bila minum Puerh Tea. Betul ke?


Bila kita minum puerh tea secara harian, membantu mengurangkan keradangan pada gusi. Bila kurang keradangan, kuman juga berkurang. Keadaan mulut pun lebih sihat.

Tapi tak semua teh sama boleh tingkat kesihatan gigi dan gusi. Kandungan polifenol dari ekstrak tumbuhan dalam puerh tea adalah agen baik mengurangkan bakteria dalam mulut serta menghentikan pembiakan kuman hidup dari melekat di permukaan gigi.

Kurang bakteria, kuranglah risiko gigi rosak dan jangkita gusi. Bukan itu saja. Mulut pun takdelah berbau lagi. 😁😁😁😁



Testimoni kesihatan gusi dan gigi dengan Puerh Tea