Sihat bersama Puerh Tea

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, August 12, 2020

Puerh Tea dicampur Halia

Tumbuhan Halia memang dikenali dengan sifatnya yang mammpu membuang lebihan angin dari badan. Gabungan Puerh Tea dan Halia sememangnya cukup bagus untuk membantu menangani masalah sakit-sakit badan disebabkan berlebihan angin.

Kelebihan halia selain untuk buang angin:
  • Mengurangkan keradangan - bagus dalam mengurangkan sakit dan bengkak bagi pengidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.
  • Melegakan loya - Sebatian aktif dalam halia bertindak sebagai ubat yang berkesan untuk melegakan loya yang berkait dengan mabuk. Dengan mengambil 1 gram halia setiap hari ia dapat membantu mengurangkan loya bagi wanita mengandung yang sering mengalami alahan "morning sickness".
  • Mengurangkan kesakitan senggugut - Mengambil halia pada sebelum tempoh haid boleh mengurangkan gejala senggugut atau dysmenorrhea dalam kalangan wanita.
  • Membantu merendahkan kolesterol - Halia membantu dalam merendahkan parasa "Low Density Lipoproteins" atau kolesterol buruk yang dikenali sebagai peningkat risiko bagi kadar sakit jantung.
  • Meningkatkan imuniti - Dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dalam saluran arteri.
  • Membantu penghadaman - Halia menggalakkan pundi hempedu merembeskan cecair yang dikenali sebagai "bile" yang merangsang proses penghadaman. Halia juga mampu melegakan kejang perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan oleh gastritis. 
  • Mengurangkan berat badan - Halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan. Halia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme badan.
  • Mencegah pertumbuhan sel kanser - Kompaun di dalam halia yang dikenali sebagi 6-gingerol menjadi agen pencegah sel kanser terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.



Jika anda inginkan kelainan dalam sajian halia selain dari masakan, boleh tambah halia dalam puerh tea (terutama puerh red tea yang lebih sedap jika ditambah halia).

Caranya hanya perlu letakkan sehiris atau dua hiris halia ke dalam bancuhan puerh tea panas. Badan akan rasa lebih segar dan ringat. Perut lebih selesa apabila berjaya buang lebihan angin melalui sendawa atau kentut. Cara ini diakui pantas berkesan seawal 30 minit selepas minum Puerh Tea bersama Halia. 

Puerh tea juga mempunyai pelbagai khasiat. Antara khasiat puerh tea adalah: 
  • Bagus untuk kesihatan perut - elak kembung perut, pedih ulu hati, elak angin tersekat, senak perut, elak sembelit dan cirit-birit. Perut akan terasa lebih selesa.
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan - payah kena demam, selsema, batuk dan serangan virus. 
  • Puerh tea membantu memecahkan sel-sel lemak dalam badan, meningkatkan metabolisme dan sekaligus membanu dalam menurunkan berat badan serta mencapai berat badan ideal.
  • Teh puerh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
  • membantu menurunkan tekanan darah dan stress - memberi ketenangan (juga bagus untuk anxiety).
  • Puerh tea membantu meningkatkan aliran darah dan membantu meningkatkan peredaran darah.
  • Tinggi antioksida - bertindak membantu melambatkan proses penuaan. Teh puerh juga memberi perlindungan sinaran ultraungu yang merosakkan kulit.
  • Puerh tea membantu menghalang pembentukan dan pertumbuhan sel-sel kanser.
  • Puerh tea membantu melancarkan proses penghadaman makanan sekaligus mengatasi masalah sembelit.
  • Mengurangkan risiko stroke.
  • Bertindak sebagai "detox tea". Membantu menyingkirkan toksi dari badan.
  • Membantu melegakan sakit-sakit badan seperti sakit kepala dan lenguh-lenguh badan akibat keletihan (membantu memberi kesegaran dan tenaga kepada badan).
  • Teh puerh membantu dalam meningkatkan fungsi otak seperti kecerdasan mental dan pemikiran yang tajam.

Whatsapp : 012 325 2171

#HayneemLegacy
#TeaZhengPutrajaya
#PuerhGreenTea


No comments:

Post a Comment