Sihat bersama Puerh Tea

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, November 25, 2020

Boleh ke minum Puerh Tea semasa period ?

 Assalamualaikum.

Agak ramai bertanya... bolehkah Puerh Tea diminum semasa period/haid? 

Ramai yang menyatakan pengalaman minum teh semasa period sangat tidak selesa. Perut rasa kembung dan angin tersekat.

Sejujurnya, mengikut pengalaman saya, sepanjang saya minum Puerh Tea dan juga minuman lain, setakat ini saya boleh bandingkan banyak bezanya.

Dulu saya bukan penggemar kopi atau teh. Ini kerana setiap kali minum kopi atau terutamanya nescafe, perut ada rasa sebu, kembung, angin tersekat dan paling tiadak suka bila kepala mula pening. Tapi disebabkan rasa yang sedap, saya minum saja jika ada peluang. Degil kan? hehe...

Saya mula kenal Puerh Tea dari kenalan lama. Asalnya tawaran bersahaja mencuba Puerh Tea yang baru dibawa pulang dari kampung mertua di Yunnan, China. Ya, dia baru kahwin dengan warganegara China Muslim. Ayat dia di FB lebih kurang begini..."Siapa nak try teh cina ni ? Kalau ok, boleh aku jual.". 

Masa tu tanpa teragak, saya offer diri untuk beli 1 paket untuk cuba-cuba minum. Mula-mula minum, suami ketawakan saya. Katanya air teh cina ni pelik. Pelik tak pelik, saya rasa rasanya ok saja. Taklah manis sedap lemak bercream. Tapi saya yakin daun tehnya asli dan rasanya pun tidaklah tak boleh terima langsung. Ok ok saja. Saya teruskan saja minum salam seminggu 2-3 cawan. Bila tekak dah terima elok, setiap hari saya minum sebab perasan sejak minum teh cina ni, rasa laju saja buat kerja, tenaga tak tau datang dari mana. Siang kerap berpeluh walaupun setakat duduk rumah masak-masak je. And what a surprise! Timbangan berat pun menyusut sangat. Bermula situ, saya yakin dengan khasiat Puerh Tea dan terus ambil peluang tawaran borong dari kawan, borong 5 paket untuk cuba jual sekitar komuniti Putrajaya.

Satu benda saya suka pasal Puerh Tea ni ialah kesan dia pada period pain saya. Masa anak pertama dan kedua, saya  mengamalkan suntikan perancang keluarga depo. Badan memang kembang setamanlah orang kata. Period pun langsung tak ada atau kalau ada pun sikit setitik dua gitu je. Kenapa ambil suntikan depo ? Sebab saya perlu menjarakkan kehamilam kerana 2 kali bersalin secara pembedahan ( emergency c-sec). Jadinya memang rancang hamil tu perlu lebih lama bagi menjaga luka luar dan dalam.

Masa saya masih ambil  suntikan depo, sayajuga minum puerh tea. Minggu pertama amal puerh tea stiap malam, rasa sakit dan senak bawah perut. Seperti ada angin menyucuk di bahagian rahim dan ari-ari. Rasa senak walaupun tertekan sikit. Selepas seminggu, rasa menyucuk sakit hilang sepenuhnya. Period pun kembali regular macam sebelum hamil. Alhamdulillah. Dan memang rasa banyak kali angin keluar melalui vagina sepanjang rasa duk sakit menyucuk tu (orang kata kentut faraj kan? betul ke tak ?-- segan nak sebut sebenarnya. huhu).

Sehingga kini, saya masih setia amalkan puerh tea, lagi-lagi sekitar masa nak period tu. Satu lagi kelainan saya rasa... sakit-sakit PMS Simptom pun dah tak rasa. Maaf, bukan saya nak menipu atau overclaim. Tapi dulu sebelum period mood saya kelaut, marah moody tentu ada, perut cramp kembung. Bila amal puerh tea, kadang tu... turun darah period pun tak sedar. Takde sakit, takde angin. Tau-tau akak kawasan dah datang menjenguk. Darah pun turun heavy hari ke 2 saja, 3 hari berikutnya sikit-sikit saja stain. Boleh kata happy dan tenang saja setiap kali period sebab tahu kita period on time, lancar dan takde sakit-sakit cramp. Dan yang paling penting, mood pun terbaik. Takde lagi moody entah apa-apa. Best sangat. hahaha....

Saya jarang berkongsi kisah period ni di FB sebab segan. Lalu saya berkongsi di blog supaya lebih ramai boleh jumpa dan dapat rasa manfaat Puerh Tea ni.

Untuk apa-apa pertanyaan berkenaan Puerh Tea, boleh wasap 012 325 2171 . In Sya Allah saya reply semampu saya.

Terima kasih kerana sudi baca coretan saya yang tak seberapa ni. Wassalam 😊


Menikmati Puerh Tea di anjung rumah. Hangat sedap badan....


Wednesday, August 12, 2020

Puerh Tea dicampur Halia

Tumbuhan Halia memang dikenali dengan sifatnya yang mammpu membuang lebihan angin dari badan. Gabungan Puerh Tea dan Halia sememangnya cukup bagus untuk membantu menangani masalah sakit-sakit badan disebabkan berlebihan angin.

Kelebihan halia selain untuk buang angin:
  • Mengurangkan keradangan - bagus dalam mengurangkan sakit dan bengkak bagi pengidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.
  • Melegakan loya - Sebatian aktif dalam halia bertindak sebagai ubat yang berkesan untuk melegakan loya yang berkait dengan mabuk. Dengan mengambil 1 gram halia setiap hari ia dapat membantu mengurangkan loya bagi wanita mengandung yang sering mengalami alahan "morning sickness".
  • Mengurangkan kesakitan senggugut - Mengambil halia pada sebelum tempoh haid boleh mengurangkan gejala senggugut atau dysmenorrhea dalam kalangan wanita.
  • Membantu merendahkan kolesterol - Halia membantu dalam merendahkan parasa "Low Density Lipoproteins" atau kolesterol buruk yang dikenali sebagai peningkat risiko bagi kadar sakit jantung.
  • Meningkatkan imuniti - Dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dalam saluran arteri.
  • Membantu penghadaman - Halia menggalakkan pundi hempedu merembeskan cecair yang dikenali sebagai "bile" yang merangsang proses penghadaman. Halia juga mampu melegakan kejang perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan oleh gastritis. 
  • Mengurangkan berat badan - Halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan. Halia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme badan.
  • Mencegah pertumbuhan sel kanser - Kompaun di dalam halia yang dikenali sebagi 6-gingerol menjadi agen pencegah sel kanser terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.



Jika anda inginkan kelainan dalam sajian halia selain dari masakan, boleh tambah halia dalam puerh tea (terutama puerh red tea yang lebih sedap jika ditambah halia).

Caranya hanya perlu letakkan sehiris atau dua hiris halia ke dalam bancuhan puerh tea panas. Badan akan rasa lebih segar dan ringat. Perut lebih selesa apabila berjaya buang lebihan angin melalui sendawa atau kentut. Cara ini diakui pantas berkesan seawal 30 minit selepas minum Puerh Tea bersama Halia. 

Puerh tea juga mempunyai pelbagai khasiat. Antara khasiat puerh tea adalah: 
  • Bagus untuk kesihatan perut - elak kembung perut, pedih ulu hati, elak angin tersekat, senak perut, elak sembelit dan cirit-birit. Perut akan terasa lebih selesa.
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan - payah kena demam, selsema, batuk dan serangan virus. 
  • Puerh tea membantu memecahkan sel-sel lemak dalam badan, meningkatkan metabolisme dan sekaligus membanu dalam menurunkan berat badan serta mencapai berat badan ideal.
  • Teh puerh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
  • membantu menurunkan tekanan darah dan stress - memberi ketenangan (juga bagus untuk anxiety).
  • Puerh tea membantu meningkatkan aliran darah dan membantu meningkatkan peredaran darah.
  • Tinggi antioksida - bertindak membantu melambatkan proses penuaan. Teh puerh juga memberi perlindungan sinaran ultraungu yang merosakkan kulit.
  • Puerh tea membantu menghalang pembentukan dan pertumbuhan sel-sel kanser.
  • Puerh tea membantu melancarkan proses penghadaman makanan sekaligus mengatasi masalah sembelit.
  • Mengurangkan risiko stroke.
  • Bertindak sebagai "detox tea". Membantu menyingkirkan toksi dari badan.
  • Membantu melegakan sakit-sakit badan seperti sakit kepala dan lenguh-lenguh badan akibat keletihan (membantu memberi kesegaran dan tenaga kepada badan).
  • Teh puerh membantu dalam meningkatkan fungsi otak seperti kecerdasan mental dan pemikiran yang tajam.

Whatsapp : 012 325 2171

#HayneemLegacy
#TeaZhengPutrajaya
#PuerhGreenTea


Tuesday, August 11, 2020

MINUMAN PUERH TEA MENINGKATKAN KESIHATAN GUSI DAN GIGI

Kita semua pernah mendengar ungkapan "An Apple a day keeps the doctors away". Tetapi ada perkara lain juga yang mampu menjauhkan doktor juga, terutama doktor gigi. Anda mungkin tak sangka ada sejenis minuman mampu membantu anda meningkatkan kesihatan gigi dan gusi, iaitu Puerh Tea.

Kajian penyelidikan baru-baru ini menunjukkan bahawa minum teh puerh sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan gigi. Betul! Teh Puerh tidak hanya membantu mengurangkan berat badan dan menurunkan stress, tetapi juga dapat membuatkan anda mampu tersenyum lebar!


SAINS DISEBALIK PUERH TEA

Menurut kajian oleh Tea Trade Health Research Association dengan meminum teh puerh mampu memberikan 2 manfaat untuk kesihatan mulut dan gigi.

Satu: mengurangkan bakteria punca kerosakan gigi dan mulut berbau

Dua: ia mengelakkan pengumpulan plak yang menyebabkan penyakit gusi.


SEMUA TEH TIDAK SAMA

Walaupun banyak teh dari daun yang sama dianggap dapat memberi kesan positif kepada kesihatan mulut,  Teh puerh telah didapati paling berkesan untuk melawan penyakit berkaitan kerosakan gigi.

Teh puerh satu-satunya jenis teh yang dapat meningkatkan kesihatan gigi dengan menyingkirkan setiap strain bakteria Streptococcus yang hidup di rongga mulut. Sekali gus dengan kadar kehadiran bakteria Strep yang rendah, boleh membantu mengelakkan penyakit lain yang berpunca dari Strep seperti sakit tekak. 


KESAN PUERH TEA KE ATAS GIGI

Teh pu-erh juga membantu melindungi gusi dan menyembuhkan tisu gusi yang lembut. 

Puerh Tea yang bertindak mengurangkan kehadiran bakteria juga turut menyebabkan penurunan pengeluaran asid hasil dari tindakbalas bakteria di dalam mulut. Persekitaran berasid di dalam mulut hasil dari tindakan bakteria akan menyebabkan gigi lebih berisiko mengalami kerosakan gigi dan gusi akibat kaviti.

Amalan meminum Puerh Tea adalah antara cara terbaik menjaga kesihatan gigi dan gusi.

😁 Kurang Bakteria = kurang asid = kurang kaviti 😁


TESTIMONI PUERH TEA KESIHATAN GIGI


Berminat mendapatkan Puerh Tea ?

#HayneemLegacy
#TeaZhengPutrajaya
#PuerhGreenTea


Testimoni surut bengkak gusi sakit gigi dengan Puerh Tea

Lega sakit gigi bila minum Puerh Tea. Betul ke?


Bila kita minum puerh tea secara harian, membantu mengurangkan keradangan pada gusi. Bila kurang keradangan, kuman juga berkurang. Keadaan mulut pun lebih sihat.

Tapi tak semua teh sama boleh tingkat kesihatan gigi dan gusi. Kandungan polifenol dari ekstrak tumbuhan dalam puerh tea adalah agen baik mengurangkan bakteria dalam mulut serta menghentikan pembiakan kuman hidup dari melekat di permukaan gigi.

Kurang bakteria, kuranglah risiko gigi rosak dan jangkita gusi. Bukan itu saja. Mulut pun takdelah berbau lagi. 😁😁😁😁



Testimoni kesihatan gusi dan gigi dengan Puerh Tea



Tuesday, July 28, 2020

8 Manfaat Teh Puerh (Pu-Erh)




1. Menambah Tenaga

  • Dengan hanya 1 cawan sehari dapat membantu meningkatkan tenaga dan tahap fokus anda. Setiap cawan teh puerh 8 auns mengandungi kira-kira 60 hingga 70 miligram kafein berbanding dengan 105 miligram dalam secawan kopi standard. Ini menjadikan teh pu-erh pilihan yang baik untuk orang yang sering merasa gelisah.
  • Kafein dapat membantu meningkatkan fokus mental dan memberi anda dorongan tambahan yang diperlukan sehingga ke petang. Minum teh puerh dapat membantu anda memberi lebih tumpuan dan menghadapi tugas-tugas harian dengan lebih tenang. Dengan memperuntukkan beberapa saat untuk minum secawan teh puerh dapat membantu anda berehat dan fokus semula sebelum kembali bekerja dengan lebih bertenaga.


2. Menyokong Kesihatan Jantung

  • Dengan meminum satu cawan teh puerh sehari, anda dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung di samping dapat menikmati minuman yang lazat dan menenangkan. Teh Puerh membantu mencegah penyakit jantung dengan penghasilan lovastatin secara semula jadi yang mana sangat bagus untuk menurunkan paras kolesterol jahat (LDL).
  • Pada masa yang sama, teh puerh mampu membantu meningkatkan kolesterol baik yang dikenali sebagai kolesterol HDL. Tahap kolesterol HDL yang lebih tinggi dikaitkan dengan risiko penyakit jantung yang lebih rendah.


3. Membersihkan Toksin dan Radikal Bebas

  • Teh puerh menggunakan sifat oksidatifnya untuk meningkatkan kadar oksigen badan dan juga meningkatkan peredaran dan aliran darah. Dengan memberikan lebih banyak oksigen ke otak, teh puerh dapat membantu mengatasi sakit kepala dan migrain dan mengurangkan radikal bebas yang mungkin akan menyebabkan penyakit yang lebih serius.
  • Dalam perubatan tradisional Cina, teh puerh telah digunakan untuk membantu limpa dan perut dalam menyaring toksin elak tersebar ke seluruh badan. Teh puerh mengandungi gula dan mikroorganisma sederhana yang membantu limpa membersihkan darah dan menghilangkan radikal bebas. Anda boleh minum teh pu-erh setiap hari untuk menikmati kesan yang konsisten atau meminumnya secara berkala sebagai pembersih untuk memulihkan fungsi penting badan anda.


4. Mencegah Barah

  • Kajian menunjukkan bahawa pengambilan teh puerh secara konsisten dapat memerangi barah dan membantu mencegah pertumbuhan sel barah baru. Satu kajian oleh Universiti Sains dan Teknologi Kunming menunjukkan kemampuan ramuan teh puerh untuk menargetkan sel tumor tertentu dengan kesan sampingan yang minimum. Kajian kedua menunjukkan bahawa teh pu-erh memiliki kemampuan untuk mencegah pertumbuhan sel-sel barah dengan melambatkan percambahan sel.
  • Para saintis percaya bahawa polifenol teh yang teroksidasi adalah sebab di sebalik potensi penggunaan teh pu-erh dalam mencegah atau merawat jenis kanser tertentu. Polifenol ini berfungsi untuk menghilangkan radikal bebas dan membantu menghentikan pengeluaran sel yang tidak teratur. Seperti mana-mana rawatan baru, penting untuk membincangkan pilihan anda dengan doktor sebelum membuat sebarang rancangan.


5. Melindungi Kesihatan Tulang

  • Bukan rahsia lagi bahawa tulang kehilangan kepadatan dan menjadi semakin lemah seiring bertambahnya usia. Risiko kemerosotan tulang yang serius seperti osteoporosis meningkat seiring usia.
  • Kajian pada haiwan menunjukkan bahawa polifenol dalam teh dapat membantu mengembangkan jisim tulang yang lebih tinggi dan kekuatan tulang yang lebih besar. Polifenol ini juga mengandungi antioksidan dengan sifat anti-radang yang membantu mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan.


6. Membantu Menurunkan Berat Badan

  • Teh pu-erh meningkatkan pencernaan dan dapat membantu melegakan gejala sembelit dengan adanya bantuan lovastatin pada daun teh ini. Antioksidan dan polifenol dalam teh puerh juga membantu pencernaan dan pemecahan lemak.
  • Kajian menunjukkan bahawa teh puerh dapat membantu menurunkan berat badan apabila digabungkan dengan diet dan senaman yang sihat. Teh puerh menekan sintesis asid lemak, yang dapat membantu tubuh anda berhenti menghasilkan tahap lemak yang lebih tinggi. Ini tidak hanya bermaksud anda boleh makan makanan tinggi lemak, minum teh puerh dan menurunkan berat badan. Untuk mengurangkan berat badan, anda tetap perlu bersenam secara teratur dan makan makanan yang sihat.
  • Teh puerh juga mendorong tubuh anda untuk menghasilkan hormon epinefrin dan norepinefrin, yang berfungsi untuk mengurangkan simpanan asid lemak. Minum satu cawan teh puerh setelah makan sekali atau dua kali sehari membantu mengurangkan berat badan.


7. Mengurangkan Tekanan

  • Walaupun teh puerh mengandungi kafein, itu tidak bermakna ia akan membuat anda sukar untuk tidur atau gelisah. Sebenarnya, teh puerh dapat membantu mengurangkan tekanan dan sifat anti-radangnya dapat menenangkan ketika mengalami kesakitan.
  • Teh pu-erh mengandungi fit-kimia GABA dan theanine, yang mampu mempengaruhi tahap stress yang lebih rendah. Bahan kimia fit ini meningkatkan pengeluaran melatonin, yang dapat membantu tidur yang lebih baik dan bersikap lebih tenang sepanjang hari.


8. Mencegah Penyakit

  • Oleh kerana teh pu-erh tinggi antioksidan dan vitamin C, minum hanya secawan setiap hari dapat membantu mencegah penyakit seperti selesema dan batuk. Teh pu yang erh diperam mempunyai kepekatan antioksidan yang lebih tinggi daripada teh yang tidak mengalami proses yang sama.
  • Oleh kerana teh pu-erh berasal dari tanaman Camellia sinensis, ia mempunyai lebih banyak antioksidan dan katekin yang melawan penyakit berbanding teh herba (bunga/rempah/buah-buahan)

Whatsapp : 012 325 2171

#HayneemLegacy
#TeaZhengPutrajaya
#PuerhGreenTea

Wednesday, July 15, 2020

Minum Puerh Green Tea Pagi , Malam, Atau Sepanjang Hari ?


  • Minum puerh tea panas panas, habiskan segelas selepas sarapan pagi. Ia membantu badan tingkat metabolisma membakar lebih kalori sepanjang hari.
  • Minum puerh tea sebelum tidur membantu melancarkan penghadaman dan melancarkan pembuangan keesokan hari.
  • Amalkan puerh tea sepanjang hari seperti minum air masak, membantu kesihatan badan menyeluruh dan antioksidan yang tinggi bantu melindungi badan dari kerosakan sel. Fikiran pun lebih tenang dan fokus dengan Puerh Tea. Mengantuk lemau pun hilang.


TeaZheng bersiaran di TV2.


TeaZheng bersiaran di TV2.
Rancangan Sinaran Rohani . 9 Jun 2020

Tips elak perut kembung

Tips elak perut kembung
Tips elak perut kembung



Tips elak perut kembung :

Amalkan meminum Puerh Tea Panas 35 minit selepas makan bagi membantu aktifkan enzim pencernaan di dalam perut.

Dengan cara ini mampu elakkan masalah ketidakhadaman terutama bagi mereka yang punyai sistem penghadaman sensitif.


Whatsapp : 012 325 2171

#HayneemLegacy
#TeaZhengPutrajaya
#PuerhGreenTea

Faktor pengaruhi warna air teh daun Puerh Tea


Warna bancuhan puerh tea bergantung pada banyak faktor. Bukan warna hijau semata. Kuantiti teh serta gred puerh tea sangat mempengaruhi warna bancuhan puerh tea.

Namun yang pasti warna puerh tea adalah ASLI dari daun teh. Tiada campuran bahan asing apatah lagi pewarna tiruan. Dan rasa puerh tea sangat berbeza dari teh hijau yang anda pernah rasa sebelum ini. PASTI!


Warna air Puerh Tea cerah jernih
Warna air Puerh Tea cerah jernih


Untuk pertanyaan lanjut mohon whatsapp kami di link di bawah. Maaf kami tidak dapat PM anda.

Whatsapp : 012 325 2171

#HayneemLegacy
#TeaZhengPutrajaya
#PuerhGreenTea

#kedaitehcinamuslim
#puerhtea
#TeaZheng
#hayneeemlegacy

Kelebihan puerh green tea berbanding green tea lain.

Banyak kelebihan puerh green tea berbanding green tea lain. Antaranya:

  1. 🌿 Wanita berpantang dan breastfeed mom boleh minum tanpa was-was.
  2. 🌿 Orang ada gastrik pun boleh nikmati puerh tea.
  3. 🌿 Tak pahit, tak payau dan tak kelat berbanding green tea uncang di pasaran.
  4. 🌿 Tiada expired date. Lagi lama simpan lagi tinggi kualiti dan rasa lebih sedap.
  5. 🌿 Tidak menyebabkan badan berangin.
  6. 🌿 Menstabilkan hormon bagi wanita. Wanita yang ada masalah period tidak teratur digalakkan minum teh puerh.
  7. 🌿 Boleh rasa manis-manis hujung lidah (sweet aftertaste).


Anda nikmati dan rasai sendiri keunikkannya. Pastikan anda memilih Puerh Tea By TeaZheng kerana puerh tea kami dijamin asli dari Yunnan dan keluaran chinese muslim.


Info lanjut mohon terus whatsapp kami dengan menekan link whatsapp ini: wasap.my/60123252171/puerhtea

#hayneeemlegacy
#kedaitehcinamuslim
#TeaZheng
#puerhtea
#originalfromyunnan


Whatsapp : 012 325 2171

#HayneemLegacy
#TeaZhengPutrajaya
#PuerhGreenTea

Puerh Tea Benefits



Puerh Tea Benefits:
🍵 Stimulates Weight Loss
🍵 Shrink Fat Cells
🍵 Boosts Immune System

_________________________________________________________

Kebaikan Puerh Tea
🍵 Bantu kurus
🍵 Kecutkan lemak badan
🍵 Tingkat sistem pertahanan badan.



RM90.00 Puerh Green Tea Cake Premium Grade
RM8.00 postage

WhatsApp 0123252171
#TeaZheng
#HayneemLegacy #puerhteaPutrajaya #HalalMuslimChineseTea #GreenTea
#HalalYunnanPuerhTea


Whatsapp : 012 325 2171

#HayneemLegacy
#TeaZhengPutrajaya
#PuerhGreenTea